Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum w.b.t…
“Sulaiman” The Great
Luh Mahfuz bukakan segala riwayat
ku
Bukakan segala cerita dan
kisah ku
Di mana “Sulaiman” sekarang?
Biarkan “Sulaiman” usaikan persoalan
Usah di soal si Balqis
Mahunya memandang dikau
dengan sinis
Mahunya diam melihat lagakmu
dalam pertanyaan
Ketawa nya melihat dikau
dalam kebuntuan
Ya tuhan engkau berikan akal
fikiran yang bernas
Kepada mereka yang geliga
dan intelektual bebas
Apakah mereka masih tidak
nampak keagunganMu
Apakah mereka masih tidak
mahu mengaku kebesaranMu
Segala galanya telah ku
ungkapkan
Segala galanya telah ku
singkapkan
Kebenaran ditunjukkan di
depan mata
Kejujuran sentiasa terpahat
di dada
Wahai teman teman teruskan
perjuangan
Perjuangan kita sama hanya
duka kita berlainan
Biarlah hidup di dalam
pengorbanan
Akhirnya nanti di beri
nikmat syurga
Derita di jalan jihad kita
berbeza
Keperitan tak semudah kata
mampu diluah
Hanya yang berakal cerdas
sahaja bisa menelaah
Mereka singkap dengan cahaya
keimanan
Mereka carigali dalam kitab
sunnah dan quran
Kepada mereka yang tidak
mengerti dengan kisah ini
Jangan bebal singkapkan
kisahnya dengan kitab kitab suci
Si cantik Balqis masih di
sini
Bernafas dalam kesesakan cerita
dan kisah ini
Menjerit dalam batin sepi
meraung dalam mimpi ukhrawi
“sinaran merah menyala”
pasti berebut kepingin mati
Perang pasti menjelma
“Bayang bayang syurga terus
menjelma”
“Di tebing curam hidup kami
berpaut”
Sebelum ajal berpantang maut
Ungkapan sumpah sakti dari
bibir mu
Takkan hilang maruah dalam
diri mu
Beribu ribu sumpah sudah
kami lafazkan
Jangan kau endah pada yang
kau sukakan
Kami mengungkapkan sumpah
lebih dari apa yang kau fahami
Jangan kau cuba mencari
pasal dengan kami
menjolok sarang tebuan tak
tentu hala diri
Kerna kamilah yang terbaik
dari “ladang”
Sentiasa terbaik di medan
dan di padang
Jalan berliku kami harungi
dengan perit ketabahan
Derita hidup kami langkau
dengan kecekalan
Semangat perjuangan kami
semat penuh jagak
Kami
gah sentosa di dunia megak
Kami adalah adiwira terbaik
dan jaguh dunia
Tidak pernah menyesal dengan
takdir dunia
Kematangan bercambah seiring
dengan usia
Sudah jauh berjalan dan
melihat fatamorgana
Bermacam lagam dan ragam insan
dilihat di alam fana
Pelbagai pengalaman hidup
dikutip
Aneka cerita dan kisah sudah
di titip
Ku coret titipan kasih
dengan pena
Jalan yang kami lalui masih
tidak sempurna
Masih tetap dalam
kejanggalan
Masih hidup dalam keganjilan
Perancangan sentiasa di rencana
Kadang nya gagal kadang nya
berjaya
Sesungguhnya Allah s.w.t bersama
kita semua
Tawakallah alallah dan
istighfar kepadaNya
Kita hanya merancang dia
yang menentukan segalanya
Kami terima qada dan qadarNya
Biarpun dipertengahan jalan
dan kisahnya
Diganggu musuh jahanam tak
kami hirau
Biar berjuta musuh tak kami
ragu
Telah kami bersumpah bersama
sama
Ke akhirnya kita ke sana
Seribu yang terpilih
menyimpan seribu satu kisah melankolik
Kisahnya penuh dengan emosi
dan dramatik
Bukannya sandiwara semata mata
Hanya tuhan mengetahui
segala galanya
Dan berangkatnya kita ke
sana bersama rahmatnya
Kasih dan sayang tersimpul
selamanya
Moga berkekalan di akhirat
sana
Rindukan mu ke akhirnya
Akhirnya sempurna
Cinta suar suir K_ _ _ _ B_
_ _ _ _
D_ _ _ _ Seri J_ _ _ _
Alhamdulillah…
[N.B ]: “Sulaiman” is the only
reflection of someone name
: a time for us + our sweet moments =
beautiful gathering time
: sekayu waterfall 12.30 p.m
: tenggol island 12.30 p.m
: kenyir lake 12.30 p.m
: Agro resort 12.30
: Primula Park Royal beach resort
12.30 p.m
: redang island 12.30 p.m
: grand cont 12.30 p.m
: lata tembakah 12.30 p.m
: lata tembakah 12.30 p.m
: sutra beach resort 12.30 p.m
: marang beach resort 12.30 p.m
: permai inn 12.30 p.m
: permai inn 12.30 p.m
: ytt
midtown 12.30 p.m
: bermain inang asli di taman masayu
: masih terkenang saat manis di
sekayu
: hok nie hok ingat kali nye because
this is first time for our sweet moment
: dan masa nya tempat nya situasi nya
aktivitinya telah dilalui bersama
I know you don’t understand
Ayat aku bukan teks tapi
codex
Jangan kupas mesti carigali
Kisah di sebalik kisah
Cerita dalam codex
Wasalam…
0 comments:
Post a Comment